Maahad Al-Abbasiah

Sejarah Penubuhan

Sekolah ini telah diasaskan oleh satu jawatankuasa penaja di bawah naugan Orang Besar Jajahan Batang Padang. Yang Berbahagia Dato’ Haji Mior Abbas Bin Mior Abu Bakar SPMP.DPMP.JP. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja.

Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Agama Abbasiah sempena mengambil nama sebuah kerajan islam yang agung iaitu Kerajaan Islam Bani Abbasiah. Nama tersebut juga bertepatan dengan nama Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Mior Abbas Bin Mior Abu Bakar Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja sebagai penaung kepada ahli jawatankuasa penubuhan sekolah ini.

Sekolah Menengah Abbasiah telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perak dengan no. pendaftaran 2/F/84JLD.I bertarikh 24/1987.

Sekolah ini diuruskan oleh satu Jema’ah Pengerusan Sekolah bagi menguruskan pentadbiran sekolah di bawah selian Jabatan Agama Islam Perak disamping peranan yang dimainkan oleh PIBG dan Guru-Guru. Mudir Sekolah ini ialah Al-Fadhil Ust. Haji Abdul Rahman Al Mubarak (1986). Pengetua pertama Ma’ahad Al-Abbasiah ini ialah Al-Fadhil Ust. Mohd Isa bin Sayrif dari Januari 1986 hingga Disember 1986. Pengetua kedua ialah Al-Fadhil Ust. Mohd Arbain Bin Haji Arshad dari Tahun 1987 hingga 2007

Sekolah ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Feb 1986. Pe;ajar pertama tingkatan satu adalah seramai 25 orang dengan tenaga pegajarnya seramai 4 orang. 2 daripada pelajar tersebut telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan Universiti Malaya. Sehingga Kini (Tahun 2010) bilangan pelajar berjumlah seramai 450 orang.

Pada Tahun 1993 nama Sekolah Menengah Agama Abbasiah telah ditukarkan kepada Ma’ahad Al-Abbasiah. Diantara Kejayaan yang telah dikecapi oleh Ma’ahad ini ialah telah mendapat anugerah SPM Terbaik 1993 dan SPM Terbaik 1999 diantara SMAR Negeri Perak. Bilangan tenaga pengajar sekolah ini bermula 4 orang (1986) sehingga sekarang seramai 25 orang. Mereka terdiri dari lulusan Universiti luar dan Tempatan serta lulusan Sekolah Menengah.

Pengajian yang disediakan di Ma’ahad ini adalah mengikut sukatan yang disediakan oleh Kemnterian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Perak. Mempunyai dua aliran pengajian iaitu akedemik dan thanawi bermula dari tingkatan 1 hingga tingktan 5. Pelajar yang berjaya boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan Beberapa Buah Universiti tempatan.

Facebook SMURA

Waktu Solat

Lokasi SMURA

Pengunjung

1.png4.png9.png6.png9.png6.png
Today15
Yesterday615
This week4081
This month15907
Total149696

Sunday, 20 August 2017 05:46